Friday, February 6, 2009

Diri Saya....

Nama diberi Nur Amira Bt Jamil Khir, dilahirkan di Hospital Besar Kangar Perlis pada 14 Mei 1987. Mempunyai seorang kakak dan dua orang adik perempuan. Saya berasal dari Guar Chempedak, Kedah dan masih lagi belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok. Disini saya mengambil jurusan Komunikasi dan semester ini merupakan semester yang keempat. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak (SKGC) sehingga darjah 6, kemudian saya meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Agama Sungai Limau Dalam (SMASLD) selama 2 tahun sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak (SMKGC) sehingga tingkatan 6.

Sekiranya terdapat masa yang terluang saya lebih gemar mengemas, mendengar muzik dan juga membaca. Blog adalah satu perkara baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk menghasilkan blog. Oleh itu, saya berasa sedikit sukar ketika membuat blog ini. Alhamdulillah,dengan tunjuk ajar daripada pensyarah iaitu Puan Syamsul Nurin dapatlah saya menghasilkan blog ini. Blog ini merupakan blog formal untuk kami menghantar tugasan yang diberikan oleh Puan Syamsul Nurin. Selain itu, penghasilan blog ini bersesuaian dengan kursus yang diambil iaitu Media Integratif. Jutaan terima kasih saya diatas tunjuk ajar serta bimbingan beliau. Semoga saya dapat melakukan yang terbaik..Insyaallah..

1 comment: