Grafik
Grafik ialah salah satu elemen media yang amat penting dalam media integratif. Grafik merupakan gambaran, lukisan klip atau gambar foto. Berdasarkan apa yang telah saya pelajari selama hamper satu semester. Grafik ialah penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar untuk diterangkan melalui teks. Selain daripada itu, grafik berkomputer pula ialah imej yang dihasilkan dengan menggunakan komputer. Penyebaran maklumat sangat berkesan dengan adanya grafik selain ia membantu menyalurkan maklumat dengan cepat dan mudah difahami. Terdapat dua kategori dalam grafik iaitu imej raster atau bitmap dan juga juga imej vector. Imej raster atau bitmap terhasil daripada satu kumpulan pixel-pixel yang disusun dalam bentuk matrix mudah dimana setiap pixel ada satu set bit-bit yang menerangkan warna dan intersity manakala imej pula terhasi daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan dilukis.
Audio
Audio juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam media integratif. Audio adalah bunyi yang terhasil daripada gelombang bunyi. Audio sangat penting dalam memberi penerangan dan juga mempengaruhi seseorang. Getaran molekul yang terhasil diudara dinamakan gelombang audio. Contohnya ialah bunyi muzik. Ciri-ciri audio ialah frekuensi dan amplitud. Didalam audio terdapat dua jenis perisian yang sering digunakan iaitu SonicFoundry Sound Forge dan Macromedia Soundedit 16 Plus Deck. Sound Forge dapat menterjemahkan fail-fail audio kepelbagaian format seperti Real Audio, Active Streaming Format (ASF), JAVA (AU). Manakala SoundEdit 16 pula boleh melakukan penyuntingan untuk lebih dari 10 format audio.
Video
Video terbahagi kepada dua iaitu video analog dan digital. Video analog ialah video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan komputer. Manakala video digital pula ialah isyarat video analog kepada video digital menggunakan Analog to Digital Converter (ADC) dan Digital to Analog Converter (DAC) digunakan untuk menukar isyarat video digital kepada video analog. Kualiti yang kekal sepanjang masa dan tidak mempunyai dan tidak mempunyai masalah sekiranya disimpan lama merupakan kelebihannya yang utama. Selain itu, dalam video saiz fail dan kualiti video digital dipengaruhi oleh frame rate, saiz imej dan juga kedalaman warna.
Sunday, April 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment