Sunday, April 12, 2009

Grafik, Audio dan Video....

Grafik
Grafik ialah salah satu elemen media yang amat penting dalam media integratif. Grafik merupakan gambaran, lukisan klip atau gambar foto. Berdasarkan apa yang telah saya pelajari selama hamper satu semester. Grafik ialah penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar untuk diterangkan melalui teks. Selain daripada itu, grafik berkomputer pula ialah imej yang dihasilkan dengan menggunakan komputer. Penyebaran maklumat sangat berkesan dengan adanya grafik selain ia membantu menyalurkan maklumat dengan cepat dan mudah difahami. Terdapat dua kategori dalam grafik iaitu imej raster atau bitmap dan juga juga imej vector. Imej raster atau bitmap terhasil daripada satu kumpulan pixel-pixel yang disusun dalam bentuk matrix mudah dimana setiap pixel ada satu set bit-bit yang menerangkan warna dan intersity manakala imej pula terhasi daripada suatu siri arahan yang mengarahkan cara bagaimana objek tersebut akan dilukis.

Audio
Audio juga merupakan salah satu elemen yang penting dalam media integratif. Audio adalah bunyi yang terhasil daripada gelombang bunyi. Audio sangat penting dalam memberi penerangan dan juga mempengaruhi seseorang. Getaran molekul yang terhasil diudara dinamakan gelombang audio. Contohnya ialah bunyi muzik. Ciri-ciri audio ialah frekuensi dan amplitud. Didalam audio terdapat dua jenis perisian yang sering digunakan iaitu SonicFoundry Sound Forge dan Macromedia Soundedit 16 Plus Deck. Sound Forge dapat menterjemahkan fail-fail audio kepelbagaian format seperti Real Audio, Active Streaming Format (ASF), JAVA (AU). Manakala SoundEdit 16 pula boleh melakukan penyuntingan untuk lebih dari 10 format audio.

Video
Video terbahagi kepada dua iaitu video analog dan digital. Video analog ialah video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan komputer. Manakala video digital pula ialah isyarat video analog kepada video digital menggunakan Analog to Digital Converter (ADC) dan Digital to Analog Converter (DAC) digunakan untuk menukar isyarat video digital kepada video analog. Kualiti yang kekal sepanjang masa dan tidak mempunyai dan tidak mempunyai masalah sekiranya disimpan lama merupakan kelebihannya yang utama. Selain itu, dalam video saiz fail dan kualiti video digital dipengaruhi oleh frame rate, saiz imej dan juga kedalaman warna.

Typefaces..





Thursday, February 19, 2009

Penggunaan multimedia dalam pelbagai bidang...

Kini,dapat dilihat penggunaan multimedia semakin digunakan secara meluas dalam bidang tertentu bagi membantu sesuatu kerja dijalankan dengan lebih berkesan.Multimedia boleh digunakan dalam bidang seperti bidang perniagaan,pentadbiran ,pendidikan,penyiaran dan juga hiburan.Dalam bidang perniagaan contohnya ia dilakukan secara verbal,dari seorang ke seorang,dalam bentuk cetakan,menggunakan slide show serta dengan menggunakan video.
Selain itu,aplikasi yang terdapat dalam bidang termasuklah persembahan jualan(sales/market presentations),sistem latihan pekerja,direct marketing dan sebagainya.

Teks.



Teks merupakan salah satu daripada elemen multimedia dan juga gabungan huruf-huruf yang akan membentuk ayat atau perkataan yang memberi makna tertentu. Teks adalah elemen utama dalam menyampaikan sebarang maklumat kepada penerima.Selain itu,teks terdapat dalam pelbagai jenis serta bentuk tulisan yang mampu memberi daya tarikan dan penyampaian maklumat yang berkesan.Teks juga dapat memberi penekanan kepada sesuatu isi kandungan yang disampaikan.

Friday, February 6, 2009

Diri Saya....

Nama diberi Nur Amira Bt Jamil Khir, dilahirkan di Hospital Besar Kangar Perlis pada 14 Mei 1987. Mempunyai seorang kakak dan dua orang adik perempuan. Saya berasal dari Guar Chempedak, Kedah dan masih lagi belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok. Disini saya mengambil jurusan Komunikasi dan semester ini merupakan semester yang keempat. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Guar Chempedak (SKGC) sehingga darjah 6, kemudian saya meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Agama Sungai Limau Dalam (SMASLD) selama 2 tahun sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak (SMKGC) sehingga tingkatan 6.

Sekiranya terdapat masa yang terluang saya lebih gemar mengemas, mendengar muzik dan juga membaca. Blog adalah satu perkara baru bagi saya kerana sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk menghasilkan blog. Oleh itu, saya berasa sedikit sukar ketika membuat blog ini. Alhamdulillah,dengan tunjuk ajar daripada pensyarah iaitu Puan Syamsul Nurin dapatlah saya menghasilkan blog ini. Blog ini merupakan blog formal untuk kami menghantar tugasan yang diberikan oleh Puan Syamsul Nurin. Selain itu, penghasilan blog ini bersesuaian dengan kursus yang diambil iaitu Media Integratif. Jutaan terima kasih saya diatas tunjuk ajar serta bimbingan beliau. Semoga saya dapat melakukan yang terbaik..Insyaallah..